Causes

Health

Mia Aeryn

Mia Aeryn

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PEMBELIAN DAN PEMBEDAHAN IMPLAN KOKLEAR BABY MIA

Mohd Firdaus Bin Abdul Rahman, mohon sumbangan dari pihak tuan/puan bagi tujuan pembelian Implan iaitu alat bantuan pendengaran untuk anak perempuan saya Mia Aeryn Farha.

Perkara ini berikutan kos pembelian implan berkenaan tidak ditanggung oleh mana-mana syarikat takaful/insurans mahupun dari pihak majikan saya. Untuk makluman tuan/puan, kos pembelian implan tersebut bernilai RM72,080.00

Implan tersebut akan dimasukkan ke dalam kulit kepala anak perempuan saya, dengan harapan melalui pemakaian “cochlear implant” anak perempuan saya boleh mendengar seperti fitrah manusia normal. Tarikh pembedahan untuk kemasukan implan itu belum ditetapkan. Kami sebagai ibu bapa masih berusaha untuk mendapatkan bantuan dari beberapa institusi bantuan kewangan kerajaan dan NGO namun masih belum mendapat sebarang maklumbalas.

Saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini oleh kerana kewangan kami sebagai ibu bapa tidak mencukupi untuk membeli implan tersebut. Jumlah kos keseluruhan yang diperlukan sebenarnya ialah RM72,080.00 tetapi kami hanya memerlukan baki RM5,000.00 

Pendengaran Mia semakin teruk, dan akan menjadi pekak jika tidak dirawat secepat mungkin.

Sumbangan tuan/puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Starting Date
Mon, 8 Jan 2018
Ending Date
Sat, 31 Mar 2018

Donation

Raised
RM1,327
Goal
RM5,000